Isteri penyanyi Izzue Islam, Awin Nurin mendedahkan dia pernah difitnah menggunakan bomoh untuk memikat suami.

Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin bagaimanapun menafikan tuduhan tidak berasas itu.

"Petuanya; hati kena bersih dan jangan buruk sangka pada orang," tulisnya menerusi Instastory baru-baru ini.

Menerusi kiriman mesej seorang pengguna di Instagram, Awin dituduh mengamalkan perkara syirik itu untuk kekal bersama Izzue Islam.

Malah, usia perkahwinan lima tahun tanpa cahaya mata juga dikatakan menjadi sebab untuk Awin menggunakan khidmat bomoh.

"Mungkin sebab itu kau tak boleh beranak sebab banyak sangat bagi makan kotor laki.

"Aku hairanlah juga kau bukan perempuan tua cantik, kaya pun tak, solehah menutup aurat lagilah ke laut. Dah tu mandul pula tu.

"Lepas tu kononnya alasan memang tak nak anak," tulis pengguna menerusi kiriman mesej langsung kepada Awin.




Memetik laporan URTV, Awin mengakui terkilan dan sedih dengan tuduhan yang dilemparkan dan menyifatkan jodoh dan rezeki ketentuan Allah.

Awin juga telah memaafkan individu yang telah memfitnah dirinya.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: URTV