Heboh di media sosial pagi tadi apabila satu dakwaan mengenai Sultan Brunei menyumbangkan AS$1 bilion (RM3.95 bilion) bagi membantu memulihkan ekonomi Malaysia.

Menurut entri di Facebook Mukhriz Mahathir FC, menjelaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan tidak benar.

"Mohon maaf, cerita mengenai sumbangan USD 1bilion dari Sultan Brunei adalah tidak benar. Kesilapan dari pihak admin. Sekian Terima Kasih," tulisnya.

Terdahulu pada pagi Selasa, sekeping gambar Sultan Brunei yang membuat lawatan berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin di muat naik di halaman Facebook, yang bukan halaman rasmi Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Keterangan gambar tersebut menyebut "Sultan Brunei bagi AS$1 bilion dengan kerajaan Malaysia pulih ekonomi tanpa perlu bayar balik".

Admin Facebook itu kemudian memadamkan 'posting' berkenaan dan mengeluarkan permohonan maaf.

Sumber: The Star