Tunai Umrah, Shuib Sepahtu Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Mekah

15 Mei 2018. 12.15 PM
5,456
Hiburan
Tunai Umrah, Shuib Sepahtu Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Mekah
Pelawak Shuib Sepahtu telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam, untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Shuib mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

"Assalammualaikum, saya, isteri @sitisarahraissuddin dan Mama mohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan, tutur kata, perbuatan atau apa saja khilaf kami.

"Halalkan yang termakan terminum juga doakan kami agar perjalanan umrah berjalan dengan baik dan mendapat Umrah yang mabrur Insyaallah. 

"Semoga kita sama-sama diberkati Allah S.W.T ," tulisnya.
 

Ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di tanah suci Makkah sebagai suami isteri.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Shuib berjalan lancar.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram

Artikel Berkaitan