Pelakon Fasha Sandha sekali lagi jadi bualan netizen apabila menyahut cabaran melakukan tarian 'Lagi Syantik' yang mula tular di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha berkongsi sebuah video dan menunjukkan bakat tariannya.

"Ok diatas permintaan ramai, nak #lagisyantikchallenge #lagisyantik #lagisyantikxfashasandha versi sopan, kita sahut cabaran," tulisnya.

Ok diatas permintaan ramai, nak #lagisyantikchallenge #lagisyantik #lagisyantikxfashasandha versi sopan, kita sahut cabaran. ?? . . . @wlfs4eva @wlfs4eva #buMerah Follow them @shah_peel @ezadibrahim @missaishah @fieza_beezee

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Video yang dikongsikan oleh Fasha Sandha sejak semalam (Isnin) kini mendapat lebih daripada 360 ribu tontonan dengan seribu komen.

Rata-rata peminat memuji tarian dilakukan oleh Fasha dan mereka kagum dengan sikap bersahaja yang ditunjukkan oleh dirinya dalam video tersebut.

"@Razak130: Pandai Fasha menari. Cantik sangat. Pedulikan apa orang kata yang peting awak bahagia dan tak usik hidup orang lain".

"@rindaoolala: Lembut je gerak fasha menari. Buat lebih banyak video lagi kerana saya suka. Pedulikan apa orang nak katakan sebab mereka cemburu tak pandai menari".

"@aredeqecah: Kemain lembut badan kamu yes Fasha, hahaha. Nak menari suka-suka pun salah. Buat apa yang kamu rasa gembira. Pedulikan je si bawang-bawang ni".

"@ad_erieza_enterprise: Dari dulu hingga sekarang, tak pernah tak cantik @fashasandha."

"@MiraaRoslee: Sangat sopan memang best love you @fashasandha. Bole buat macam ini dengan anak-anak dara isaya dekat rumah dan dapat hilangkan strees kan @fashasandha".


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram