Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ketibaan Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah yang diiringi anakandanya Pengiran Muda Putera Abdul Mateen Hassanal Bolkiah.

Baginda yang memandu sendiri kenderaan tiba sekitar jam 11.48 pagi di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Berita kunjungan tersebut turut dikongsi di laman Instagram rasmi Tun M, @chedetofficial.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah sebentar tadi di Putrajaya pada hari pertama beliau bertugas hari ini. Hadir sama ialah anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen. Kunjungan hormat ini adalah yang julung selepas YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Sebelum itu, YAB Perdana Menteri memulakan tugas pagi tadi di pejabatnya sendiri di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya -Admin

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on


"Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah sebentar tadi di Putrajaya pada hari pertama beliau bertugas hari ini.

"Hadir sama ialah anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

"Kunjungan hormat ini adalah yang julung selepas YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

"Sebelum itu, YAB Perdana Menteri memulakan tugas pagi tadi di pejabatnya sendiri di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya," tulis pentadbir akaun Tun M diruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut laman Instagram Tun M berharap agar hubungan antara Brunei dan Malaysia akan kekal utuh.

Selain itu, kehadiran Putera Abdul Mateen turut mencuri tumpuan netizen yang memuji ketampanan anakanda Sultan Brunei terbabit.

Baginda dan anakanda berangkat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana sekitar jam 12.55 tengah hari selepas pertemuam lebih sejam itu.

Terdahulu, ketibaan Baginda disambut isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Tun M