Biarpun kini berada di Sepanyol untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Muzik, penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci tetap meneruskan aktiviti berpuasa tahun ini.

Mula berpuasa sejak tahun 2012, tahun ini merupakan tahun ketujuh bintang filem Kau Yang Satu itu turut berpuasa.

Menerusi entri di Instagramnya semalam, Wincci memuat naik juadah berbuka selepas lebih 16 jam berpuasa.

"Selamat berbuka dari Sepanyol, Wincci kena mula berpuasa beberapa hari lebih awal di Sepanyol supaya badan Wincci dapat menyesuaikan diri dengan jadual waktu berpuasa yang panjang," tulisnya.

Selamat Berbuka in Spain, I have to fast few days earlier in Spain so that my body can get used to the long hours of fasting here =) 提早斋戒 Selamat berbuka dari Spain, Wincci Kena mula puasa beberapa hari lebih awal kat Spain supaya badan Wincci dapat menyesuaikan diri dengan jadual waktu puasa yg panjang kat Spain =) #fasting #ramadan2018 #HappyFasting #Spain #Valencia #Ramadhan

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on


Menerusi ruangan komen, Wincci dihujani pelbagai ucapan tahniah dan tips untuk berpuasa dalam tempoh melebihi 16 jam.

Aktiviti berpuasa Wincci turut mendapat perhatian netizen yang bertanyakan agama anutannya.

Wincci bagaimanapun hanya menjawab dirinya sebagai rakyat Malaysia tanpa prejudis bangsa atau agama.

"Are you muslim?," soal salah seorang pengguna.

"Nope. I'm Malaysian," jawab Wincci.

Because I Am Malaysian & we are not separated by races or religion & we are unique ! 我是马来西亚人 Saya Anak Malaysia tanpa kira kaum, bangsa Dan agama =) #Malaysia #Malaysian #ramadan2018

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on



Wincci beberapa hari lalu turut memuat naik tarikh berpuasa di kawasan Valencia, Sepanyol.

Wincci yang sebelum ini sudah memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) pada 2016 dan kini menyambung PhD kedua dalam bidang muzik.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @dr.soowincci