Tindakan pemimpin dahulu yang terlalu tegar dan mengutamakan kepentingan diri disifatkan sebagai punca usaha mencorak perubahan Malaysia ke arah yang lebih baik gagal.

Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkata beliau telah berulang kali menganjurkan agar dilakukan pembetulan secara keseluruhan terhadap pemerintahan negara, namun tidak dipedulikan pemerintahan dahulu.

Congratulations YAB Tun Mahathir, 7th PM of Malaysia. No words can adequately describe the journey back to his old office. Malaysia has also defied the odds and global trends with this peaceful transition of power in line with the will of the people- Malaysia, new icon of democracy. Tun M has always gone to great lengths to praise his mentor Tun Razak (even at the height of tensions with Najib and UMNO). Both of them share the same determination to nation-build to the best of their ability and limits of personal sacrifices. I wish the new PM and his team every success in building the new Malaysia as envisaged in the PH manifesto. As I have argued ad nauseam, Malaysia needs major recalibration, but all attempts under the old order failed due to structural rigidities and vested interest. Now you can!

A post shared by Nazir Razak (@nazir.razak) on


"Saya sudah muak mengingatkan mereka bahawa Malaysia perlu diperbetul, tetapi semua cubaan di bawah pemerintahan terdahulu gagal disebabkan ketegaran dan kepentingan diri.

"Kini anda boleh!" tulis Nazir yang merujuk kepada penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nazir yang juga adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam postingnya itu turut mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir di atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri ketujuh.

"Tahniah, YAB Tun Mahathir, PM Malaysia ke-7. Malaysia telah menunjukkan kepada dunia bahawa peralihan kuasa boleh berlaku secara aman selaras dengan kemahuan rakyat.

"Malaysia, ikon demokrasi baharu," kata Nazir dalam posting di akaun Instagramnya pada Jumaat.

Menurutnya, walaupun dilihat bersengketa dengan Najib dan UMNO, Dr Mahathir tidak lupa melemparkan kata pujian terhadap mentornya yang juga ayah Nazir iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Tambahnya, Dr Mahathir dan ayahnya mempunyai tekad yang sama dan sanggup berkorban demi membina negara.

Nazir dalam postingnya turut mendoakan kejayaan kerajaan semasa dalam mencorak "Malaysia baharu" sepertimana yang diunjurkan di dalam manifesto Pakatan Harapan.

Sumber: Astro Awani
Susunan: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Nazir & Mole.my