Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau telah mengeluarkan arahan larangan keluar negara terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Saya tidak boleh pergi ke airport. Saya suruh orang yang berkuasa untuk pergi,” kata Tun Mahathir dalam satu sidang media khas di sini hari ini.

Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam dari keluar negara menerusi status yang dikirim di akaun Twitter rasmi jabatan itu pagi ini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akur dengan keputusan Jabatan Imigresen Malaysia untuk melarangnya daripada meninggalkan negara.

Sumber: Astro Awani
Foto: Malaymail & Kosmo