Konsert final Gema Gegar Vaganza (GGV2) bakal menyaksikan enam bintang membuat persembahan bertemakan ‘Gema Akhir’.

6 bintang tersebut adalah Adeep Nahar, In Team, Brothers, Fitri Haris, Awi Rafael dan pasangan adik beradik Heliza & Hazwani Helmi.

Dalam pada itu, konsert separuh akhir GGV2 menyaksikan dua penyingkiran iaitu Devotees dan Mestica.

Adakah anda sudah bersedia untuk meraikan malam kemuncak GGV2 malam ini?

Kami senaraikan lagu-lagu untuk konsert akhir GGV2:

Pusingan Solo

1. Fitri Haris: Zinnirah (UNIC)

2. Adeep Nahar: Sedetik Lebih (Anuar Zain)

3. Awi Rafael: Sandaran Hati (Letto)

4. Brothers: Mimpi Laila (Yasin)

5. In Team: Rabiatul Adawiyah (In Team)

6. Heliza & Hazwani: Wassini (Waheeda)

Pusingan Battle

Fitri Haris & Adeep Nahar: Al Nuraa... Yang Lima... Yang Enam... (Mawi, Hazama ft Daly Filsuf)

Brothers & In Team: Al Haq... Yang Satu (Mawi ft Datuk AC Mizal)

Awi Rafael & Heliza, Hazwani Helmi: Pejamkan Mata (Malique ft Dayang Nurfaizah)

Manakala, Zamani dan Nazrey Raihan bakal muncul sebagai tetamu undangan untuk konsert akhir GGV2.

Mereka bakal menyampaikan lagu popular Raihan berjudul Iman Mutiara.

GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.

GGV2 akhir akan ditayangkan di lima saluran iaitu Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan saluran terbaharu sempena Ramadan, Ramadan HD (saluran 122).

Konsert final GGV2 bakal membawa tema Gema Akhir dan 6 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.

Teks oleh: Amri Hassan