Produser filem terkenal, Raja Azmi berkongsi tips menghilangkan dakwat di jari selepas mengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Meskipun PRU14 sudah dua hari berlalu tetapi masih ramai yang mempunyai dakwat di jari yang dicalit pada jari setiap pengundi.

Dalam satu video yang dikongsinya menerusi Instagram, dia menunjukkan cara mudah menghilang dakwat di jari pengundi dengan hanya menggunakan 2 jenis sabun pencuci.

Untuk memudahkan peminatnya mahupun orang lain mengikut caranya, Raja Azmi menggunakan sabun yang biasa digunakan ramai pengguna di rumah.

Salam Jumaat youalls. Kak Mi nak tunjuk cara buang tanda mengundi di jari anda. Saksikan kedua-dua video ?

A post shared by Raja Azmi (Kak Mi) (@rajaazmi) on

Raja Azmi yang ditemani suaminya dalam video itu memberitahu tips yang dikongsinya itu berkesan selepas mengambil masa selama 15 minit.

"Bagi yang lekat tebal, ‘gonyoh-gonyoh’ dan boleh tambah clorox," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @rajaazmi