Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan semalam selepas Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7, bakal menyaksikan senarai kabinet baru yang akan diumumkan esok.

Tun M menyatakan keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden PH di mana empat pemimpin utama parti itu bersetuju untuk membentuk kabinet kecil membabitkan kementerian penting.

Sebanyak 10 kementerian diumumkan PH iaitu Kementerian Kewangan; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Pertahanan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Luar Bandar; Kementerian Ekonomi; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pengangkutan, Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar.

Tun M menyatakan setiap parti diberi mandat untuk menentukan dan menamakan calon Menteri yang difikirkan sesuai.

Bagaimanapun, Majlis Tertinggi Presiden PH akan meneliti calon yang menentukan barisan kabinet.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Sumber: Berita Harian

Foto: IG @chedetofficial