Selebriti dan calon Pilahan Raya Umum ke-14 (PRU14), Azwan Ali hilang wang pertaruhan apabila hanya meraih 90 undi menerusi pertembungan lima penjuru bagi DUN Bukit Antarabangsa.

Azwan yang dikenali sebagai Diva AA gagal memperoleh 12.5 peratus atau satu per lapan undi jumlah keseluruhan yang dikira dan kehilangan wang tersebut.

DUN berkenaan menyaksikan abang Azwan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti 25,512 undi.

“Saya reda dan menghormati keputusan yang telah dibuat penduduk kawasan berkenaan.

"Saya sudah lakukan yang terbaik untuk PRU14 dan saya menghormati keputusan yang telah dibuat rakyat.

“Peristiwa warna-warni PRU14 telah pun kita lalui. Siapa pun yang memimpin ‘biaq pi’.

“Apa yang penting, Diva AA tetap akan menunaikan janji seperti nak belanja rendang," ujarnya.

Azwan yang menjadi calon paling diperkatakan sepanjang PRU14 bertanding sebagai calon bebas dan menggunakan logo gajah untuk merebut kerusi kerusi Dun Bukit Antarabangsa.

Sumber & Foto: mStar Online
Susunan: Kamaruddin Razal