Gelagat suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu yang membawa dua isterinya untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam meraih perhatian netizen.

Adnan yang lebih dikenali sebagai Datuk Red berkongsi dua keping foto keluar mengundi bersama Adira serta isteri pertamanya, Datin Red menerusi dua entri berbeza di laman Instagram miliknya, @dato.red.

Tangung jawab sebagai rakyat ?? kita undi...tangungjawab pada istri bawak dia g undi n now turn istri yg 2 plak kita bawak ...baru leh jdi pemimpin huhuhuhu #datoredhensem #pru15 #partipoligami #pujidirisendri

A post shared by Dato Red is hensem (@dato.red) on

Perhhh panjanggg tapi demi malaysia ??..perut skit plak nk ek ek huhuhuhu #datoredhensem #pru15 #kampunghalaman

A post shared by Dato Red is hensem (@dato.red) on


Di ruangan komen, Adnan yang merupakan seorang ahli perniagaan mendapat pujian netizen.
"Bagus Datuk. Adil," tulis seorang pengguna bernama Ieja Othman.

"Hebat Datuk Red boleh jadi idola pada suami-suami yang berpoligami di luar sana," ujar Yanty Mohd.

"Steady Datuk. Idola ni. Dua-dua upload," tulis Fdin Abdullah.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Adnan