Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan semakin langsing selepas selesai berpantang anak pertama, Siti Aafiyah.

Siti berkongsi foto terbaru di laman Instagram miliknya, @ctdk.

#ootd blouse dari butik saya @creacionbysitinurhaliza & instant shawl dari @galeriariani ... nampak kurus ke? Saya tak edit tau..baju ni yang buat saya nampak kurus .. cepat pi beli kalau nak nampak kuruih ?.. ( eh tak!! Yg terer ni tukang amik gambar ni ) @cteafairuz

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


"#ootd blouse dari butik saya @creacionbysitinurhaliza dan instant shawl dari @galeriariani.

"Nampak kurus ke? Saya tak edit tau.. Baju ni yang buat saya nampak kurus.. Cepat pergi beli kalau nak nampak kurus (Eh tak! Yang terer ni tukang ambil gambar ni) @cteafairuz," seloroh Siti.

Siti melahirkan puteri sulungnya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Menerusi kemas kini Instagram Siti juga, penyanyi lagu Di Kayangan Kita itu mendedahkan dia kembali ke studio rakaman menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Ada recording tapi mengantuk.. #simptomibuanakkecil #takcukuptidoq #kugagahi

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


"Ada recording tapi mengantuk," tulis Siti ringkas.

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #simptomibuanakkecil #takcukuptidoq #kugagahi.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak turut memuat naik sekeping foto Siti di studio.

Foto tersebut dikongsi di laman Instagram Rozi,
@rozisangdewi.

@ctdk kembali ke studio? Siapa pula yang berbaju putih tu? Tunggu...

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on


"@ctdk kembali ke studio? Siapa pula yang berbaju putih tu? Tunggu," tulis Rozi.

Rata-rata peminat memuji penampilan Siti yang kembali langsing selepas tamat tempoh berpantang.

Peminat juga teruja melihat entri laman Instagram Siti dan Rozi berkenaan dengan rakaman di studio serta berharap agar ada buah tangan terbaru dari mustika hati rakyat Malaysia itu.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Siti & Rozi