Negeri Sabah dan Sarawak sememangnya terkenal dengan pelbagai lokasi menarik yang cukup berbaloi untuk dikunjungi. Selain Kundasang, Kuching dan Kota Kinabalu yang merupakan lokasi terkenal, ada banyak tempat lain yang cukup berbaloi untuk anda kunjungi. Antaranya, 5 lokasi ini.
#1 Taman Negara Bako
Kredit: Shutterstock
Taman Negara tertua di Sarawak yang terletak lebih kurang 37km dari bandar Kuching. Untuk ke sini perlu menaiki bot dari Kampung Bako. Ada 16 laluan untuk diterokai yang setiap satunya memberi pengalaman berbeza. Babi hutan, monyet probosic, ratusan spesies burung, air terjun, pantai, bukit, pelbagai spesies tumbuhan dan pemandangan tanjung tunggul berbatu menakjubkan menanti anda.
#2 Tusan Cliff, Miri
Kredit: Shutterstock
Batu tebing berbentuk seperti kepala kuda sedang minum air yang hanya dapat dilihat dengan jelas ketika air surut. Terletak di Pantai Tusan Bekenu atau dikenali sebagai Pantai Biru kerana airnya akan bertukar kepada warna biru pada waktu-waktu tertentu disebabkan kehadiran obor-obor. Inilah lokasi terbaik di Miri untuk anda yang ingin melihat panorama matahari terbenam yang awesome!
#3 Tanjung Simpang Mengayau, Kudat
Kredit: mysabah.com
3 jam lebih masa diambil dari Kota Kinabalu untuk sampai ke lokasi yang dikenali sebagai Tip of Borneo atau Tanduk Negeri Sabah ini. Lokasi ini terletak di Kudat dan untuk sampai ke tempat ini, anda akan lalui jalan satu lorong yang sunyi. Tetapi setelah tiba di kawasan ini, segala penat lelah hilang. Inilah lokasi pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu dan jika bernasib baik boleh lihat pertembungan antara dua laut ini. Memang cantik!
#4 Pulau Bohey Dulang, Semporna
Kredit: Pulaumabul.com
Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong. Untuk ke sini, anda mengambil masa perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit menaiki bot.
#5 Pelompung Melangkap, Kota Belud
Kredit: Pelompung Melangkap/Facebook
Polumpung Melangkap Camp Site menjadi tarikan disebabkan oleh keindahan alam semulajadinya. Lokasi ini terletak di Kampung Melangkap Baru, kira-kira 29km dari pekan Kota Belud. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, selain selfie, anda boleh berenang dan berkhemah di sini.
Jika sebelum ini sebut tentang Sabah dan Sarawak ramai membayangkan jaringan jalan rayanya yang kecil dan sesetengah tempat agak sukar ditujui dengan kenderaan. Itulah cabaran yang terpaksa dilalui penduduk di sana. Dari pekan terhampir ke kawasan perkampungan mengambil masa berjam-jam, dan tentunya melelahkan. Lihat sahaja kesukaran Satin dalam video ini.
Tetapi kesukaran ini akan berakhir selepas Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan kampung nelayan di Semantan, Kuching dan berakhir di Tawau siap pada tahun 2023 nanti. Kemudahan jalanraya yang menghubungkan Sabah dan Sarawak ini bukan sahaja bakal memacu industri pelancongan di kedua-dua negara tetapi memberi keselesaan dan memastikan keselamatan penduduk Sabah dan Sarawak seramai 3.74 juta lebih terjamin. Ekonomi kedua-dua negara juga dapat dipertingkatkan dengan adanya kemudahan ini.
Lebuhraya sepanjang 2,325km ini, tiga kali lebih panjang daripada lebuhraya terpanjang di Malaysia hari ini iaitu Lebuhraya Utara Selatan yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam dan Johor Bahru. Lebuhraya dua hala, empat lane dengan anggaran kos pembinaan RM29 bilion ini boleh dilalui pada kelajuan 100km/j secara Percuma.
Nak tau lebih banyak fakta tentang Lebuhraya Pan Borneo ni, jom lihat video ini:
So, apa lagi... Bolehlah rancang roadtrip ke Sabah dan Sarawak. Banyak tempat menarik menanti anda!
Kamaruddin Razal
Tue May 08 2018
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Fall Guy
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
“Saya Tak Boleh Bangun Sejak…” - Lana Nodin Alami Jangkitan Kuman Pada Bahagian Usus Sehingga Bengkak
Semoga cepat sembuh
Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.
Wanita Usung Mayat Bapa Saudara Ke Bank Demi Tanda Tangan Dokumen Pinjaman Wang!
Seorang wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik
Taylor Swift adalah nama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga telah tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya versi Forbes baru-baru ini.
Isteri Malu Bila Tahu Suami Pinjam Duit Abang Untuk Halalkan Dirinya - “Kak Ipar Perli Suami Aku Hutang Kahwin Tak Bayar”
Wanita berkenaan menzahirkan rasa malu apabila mendapat tahu duit belanja perkahwinannya adalah wang pinjaman daripada abang suaminya.
Kereta Adira Penuh Dengan…. | GMW: What’s In Your Car
Eh ada apa dengan kereta Adira tu??!! MasyaAllah… tak sanggup la nak tengok!
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Bapak Bapak Bonding | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”
Uyaina tak pernah ada rasa mengidam.