Penceramah bebas Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya terlibat dengan dakwaan skandal dengan isteri orang.

Menurut laporang mStar Online, Syamsul Debat berkata kontroversi berkenaan tidak sedikit pun menjejaskan kempennya yang merupakan calon Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

"Tak jejas kempen. Itu adalah dakwaan dan tohmahan yang dibuat-buat... hearsay (cakap-cakap) sahaja. Alhamdulillah masyarakat di sini menerima kehadiran saya dengan begitu baik.

"Saya tak nak ikut rentak pihak lawan, saya hanya fikir positif kerana persepsi setiap orang berbeza-beza. Ia tidak pernah buat saya rasa down.

"Kalau sibuk layan isu peribadi takkan selesai. Kita tak perlu nak bantai atau caci maki mereka sebab Nabi (Muhammad SAW) tak ajar. Kita hanya cakap perkara yang baik-baik mengenai apa yang kita nak bawa kepada masyarakat.

"Pendekatan sebegitu yang kita cuba bawa dalam BN. Kita kena positif dan tahu apa yang masyarakat mahukan," katanya.

Sebelum ini, pencalonan Syamsul Debat diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa Majlis Penyerahan Watikah Kepada Calon-Calon BN negeri bagi PRU14 untuk Parlimen dan Dun di kediaman rasmi Menteri Besar semalam.

Manakala, penyandang kerusi Parlimen Jempol yang juga bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad digugurkan dari senarai calon.

Untuk perkembangan lain, jangan lupa untuk menyaksikan Astro Awani (Saluran 501) untuk mengetahui berita terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber: mStar Online

Foto: Google