Penyanyi rap Caprice menyatakan pandangannya berhubung isu pelakon Elfira Loy yang berbalas hujah dengan doktor perubatan berhubung pengambilan produk peninggi.

Menerusi sepotong video, Caprice berpesan agar tidak mencetuskan 'perang' dengan individu yang berpendidikan tinggi dalam bidang sains seperti doktor.

"Never go to war with a doctor or an accountant.

"It's very hard to fight science and math. Two subjects I failed back in school," tulisnya di Instagram.

Never go to war with a doctor or an accountant. Its very hard to fight science and math ?? Two subjects i failed back in school.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on



Isu tercetus apabila seorang selebriti terkenal mula mempromosikan produk makanan tambahan untuk menambah ketinggian beberapa minggu lalu.

Baca: "Kalau Tak Tahu, Minta Nasihat" - Promosi Produk Peninggi, Dr. Amalina Bakri Nasihatkan Neelofa

Beberapa pakar perubatan kemudiannya tampil bersama fakta sains menjelaskan ketidaksahihan pengambilan makanan tambahan seumpamanya.

Bagaimanapun, isu itu mendapat perhatian Elfira yang pernah mencuba produk sedemikian dan membuahkan hasil.

Perang tidak terhenti di situ apabila wujud perdebatan antara doktor dan pelakon itu hingga menarik perhatian netizen dan beberapa doktor pakar lain menyatakan pandangan peribadi.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @capriceoffical, Twitter