Luahan hati vokalis Akim and The Majistret, Akim Ahmad untuk arwah ibu membuatkan peminatnya sebak.
Menerusi entri terbaru yang dikongsi Akim di laman Instagram miliknya, penyanyi itu memuat naik foto kenangan bersama arwah ibu ketika mengerjakan ibadah Umrah beberapa tahun lalu.
"Di suatu hari kita pasti akan bertentangan, di suatu hari kita pasti akan berpimpin tangan, di suatu hari kita pasti akan berpelukan, di suatu hari kita pasti akan bercumbuan, di suatu kita akan tersenyum dan bergelak tawa bersama.
"Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya," tulis Akim di ruangan kapsyen.
Rata-rata pengikut Akim di laman Instagram turut berkongsi rasa sebak selepas membaca luahan hati yang ditulis oleh Akim.
Peminat juga turut mendoakan agar roh arwah ibu Akim ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
BACA: "Ibu Tenang Ye Kat Sana, Insha Allah Akim Akan Kirimkan Apa Sahaja Untuk Ibu" - Akim AhmadArwah ibu Akim Ahmad, Aminah Bahari disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada 5 Mei lalu.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Akim
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di