Selepas kumpulan Ruffedge membuat 'comeback', ramai peminat mahu kumpulan VE juga kembali bersatu tapi Damian Mikhail Seet ada jawapannya!

Bagi peminat, lagu Party Like This dan Pop Ye Ye sentiasa segar di ingatan terhadap kumpulan VE.

Damian memberitahu sememangnya peminat mereka makin teruja mahu anggota VE kembali bersatu seperti mana Ruffedge membuat kemunculan semula.

Ujarnya, VE sentiasa wujud sampai bila-bila dalam industri muzik tanah air cuma komitmen antara mereka membataskan masa untuk kembali mengadakan persembahan.

"VE cuma senyap bukan berpecah. Ramai yang bertanya VE untuk kembali tapi masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing sejak 10 tahun lalu," katanya kepada Astro Gempak.

Bagi Damian, VE sudah mencapai satu tahap profesional dengan pengalaman mereka sejak lebih 20 tahun dalam industri muzik tempatan.

"Perjuangan VE berhenti kerana komitmen antara kami dan bukan lagi kini menyanyi sebab duit," katanya.

Damian juga kini sibuk sebagai komposer untuk projek lagu baru penyanyi lain selain menguruskan bisnes makanan sendiri dan mengadakan ceramah agama.

"Jika VE kembali, niat kami adalah mahu meneruskan karier seni dan bukan mahu bertanding dalam mana-mana pertandingan juara lagu sebagainya," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak