Masih ingat dengan video parodi Avengers: Infinity War ciptaan penuntut universiti tempatan yang pernah viral sekitar Mac lalu?

Baca: "Sudi Tak Arahkan Avengers 5?" - Anak Malaysia Dapat Tawaran Pengarah Marvel Studios

Siapa sangka, tuah sekumpulan pelajar itu apabila dibawa berjumpa sendiri dengan pengarah filem Avengers: Infinity War, Joe Russo, yang pernah membalas Twitter pengarah video parodi itu beberapa bulan lalu!

Menariknya, pertemuan yang diadakan di Singapura itu adalah kejutan buat Aiman Sany dan kawan-kawannya.


Dalam pertemuan itu, Russo mendedahkan bahawa babak menggunakan pinggan adalah yang paling lucu dalam video parodi berkenaan.

Russo juga mahu Aiman dan rakan-rakan meneruskan parodi bagi sekuel Avengers yang akan datang.

Video penuh pertemuan itu dikongsikan Marvel Malaysia di laman Facebook mereka pada Jumaat.



Video parodi yang dimuat naik pada 18 Mac lalu pula telah ditonton hampir 4 juta kali dan lebih 100,000 retweet.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter, Facebook Marvel Malaysia