Konsert separuh akhir Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.
Bertemakan Gegar Gema Impian, 8 bintang GGV2 menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka yang semestinya menggamit memori penonton.
Mestica dan Devotees gagal mara ke pusingan akhir apabila tersingkir pada minggu ini.
Manakala Fitri Haris yang menyampaikan lagu Di Matamu dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Kasih kategori pentas paling bergema atas persembahan yang memukau.
Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.
In Team pula sekali lagi diumumkan sebagai juara Gema Star Of The Week minggu lalu hasil undian peminat.
Semua peserta GGV2 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Ameng Spring sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Fitri Haris - Di Matamu (86.33%)
"Saya sangat menghargai usaha anda. Setiap minggu anda berbeza. Saya tak sangka lagu ini dibawa dalam mesej penderaan anak-anak. Suara bagus, lakonan dari hati," - Oki Setiana Dewi
"Persembahan ini paling best! Lakonan sangat real. Fitri ada aura luar biasa," - Ameng Spring
Adeep Nahar - Hingga Ke Jannah (84.67%)
"Saya bersyukur artis Malaysia sudah maju sangat. Saya suka tengok imej Adeep, muslim sejati. Cuma saya rasa lagu ini perlu lebih agresif, saya suka suara anda," - Ameng Spring
Awi Rafael - Peristiwa Subuh (75.33%)
"Satu persembahan yang banyak elemen kejutan. Mesej yang disampaikan jelas dan padat," - Farihin Abdul Fattah
In Team - Semalam Yang Hangat (73.33%)
"Baru saya tahu lagu ini berkenaan apa. Terima kasih kerana memilih lagu ini, seolah-olah ditujukan kepada saya sendiri. Saya harap mesej ini dijadikan pengajaran, persembahan anda baik," - Ameng Spring
Brothers - Pengasih (70%)
"Hari ini Brothers berbeza dengan stage act yang simple. Saya sangat menghargai penampilan anda cuma saya kurang tersentuh dengan penampilan Brothers," - Oki Setiana Dewi
Heliza & Hazwani - Kau Di Hatiku (65.33%)
"Satu persembahan sangat dinamik. Saya tersentuh kerana mesej jelas, sungguh bijak cara ini diolah," - Farihin Abdul Fatah
Mestica - Hikmah Kembara (65%)
"Suara sedap betul! Tak sangka ustaz-ustaz pandai rap. Saya suka penampilan hari ini," - Oki Setiana Dewi
"Saya suka tengok kumpulan nasyid kekalkan imej begini tapi buat pembaharuan berbeza. Jangan tukar imej! Yang penting mesej sampai di hati semua orang," - Ameng Spring
Devotees - Perpisahan Terasing (50.33%)
"Tahniah susunan muzik yang sedap. Kalau betul gaya penyampaian akan merobek hati, tapi kalau ada lakonan jangan ganggu konsentrasi. Devotees perlu usaha lebih sikit untuk yakinkan vokal anda mempengaruhi emosi kami," - Farihin Abdul Fattah
GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert final GGV2 bakal membawa tema Gema Akhir dan 6 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Sat May 05 2018
Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Tagih Duit Raya Untuk Anak, Rakan Jadi Mangsa Spam Kod QR - “Jagalah Air Muka…”
Seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir individu dewasa dirasakan seperti ‘menagih’ duit raya untuk anak-anak mereka.
Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin - “Ikutkan Saya Nak Ke Hospital Swasta Lain Tapi…”
Semoga dipermudah.
Rakaman Video Banglo Kosong 'Retro' Raih Perhatian Tengku Ampuan Pahang - “Untuk Dijual Ke?”
Sepotong video yang merakamkan kawasan di sekitar rumah agam kosong di Bukit Tunku Kuala Lumpur berjaya meraih perhatian Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta
Beverly Hills diketahui menjadi pilihan banyak selebriti terkenal Hollywood dan Lisa didakwa membeli mahligai di sebuah kawasan tersorok.
Bengang Dengan Kekasih, Influencer Bunuh Diri Sewaktu Bersiaran Secara Langsung
Seorang influencer muda dari Indonesia, Meli Joker mengejutkan pengikutnya apabila melakukan aksi bunuh diri sewaktu bersiaran langsung di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
Sheriff: Ramai Dah Tak Sabar! Tayangan Awal Bermula Hari Ini, Dapatkan Tiket Sekarang
Sheriff memang power! Best!
5 Iklan Raya Paling Meruntun Hati, Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar!
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri.
Tampil Dengan Imej Berhijab, Lana Nodin Masih Dalam Fasa Percubaan - “Saya Bersama Keluarga Berubah Ke Arah Lebih Baik”
Alhamdulillah...
Sofia Jane Teruja Bawa Watak Zaiton Dalam Filem ‘Mencari Ramlee’ - “Bila Dapat Skrip, Saya Suka Kerana…”
Tak sabar nak tengok!