Akaun Instagram milik anak pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti, Dariya Inara yang baru sahaja dibuka meraih hampir 80,000 pengikut.

BACA: Sari Yanti Selamat Melahirkan Anak, Jep Sepahtu Kini Bergelar Bapa

Tak sampai 48 jam akaun tersebut dibuka, jumlah pengikut akaun Instagram tersebut bertambah setiap saat.

A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on

Abah dariya tidurkan dariya harini, tapi dariya dah bangun 5 kali abah masih tidur..

A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on

Alhamdulillah,, tidur jugak akhirnya anak abah. Jiran sampai dtg ingat ade pertandingan nasyid kat rumah nak. . . . Yang Benar: Abah #suratcintauntukdariya #anakabah #dariyainara

A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on


Setakat ini, Jep dan Sari turut berkongsi tiga keping foto comel Dariya di laman Instagram terbabit.

BACA: "Comelnya Baby Girl!" - Dedah Wajah Anak, Jep Sepahtu & Sari Yanti Pilih Nama Dariya Inara

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Dariya dan mendoakan agar permata hati Jep dan Sari ini dikurniakan kesihatan yang baik serta menjadi anak solehah satu hari nanti.

BACA: "Ingatkan Dia Keluar Hari Pertama Ramadan, Rupanya..." - Buka Akaun Instagram Anak, Sari Yanti Kongsi Pengalaman Bersalin

Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 34, selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Dariya, Jep & Sari