Komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani mendedahkan isterinya, Mulan Jameela ada membeli lagu ciptaannya untuk album terbaharu, 99 Vol 2 Patient.

Dua buah lagu yang dibeli Mulan berjudul Bye Bye Boy dan Boneka Barbie.

Namun, isterinya merungut apabila lagu yang dibeli itu terlalu mahal.

"Harganya mahal! Ha ha," dedah Ahmad Dhani.

Bagaimanapun Ahmad Dhani sambil bergurau berkata, dia belum lagi menyemak akaun banknya sama ada sudah menerima bayaran daripada penyanyi yang pernah popular dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi itu.

"Sudah dibayar belum ya? Sebenarnya bergantung pada Mulan.

"Saya banyak buat lagu, saya tawarkan, kalau dia komen bererti mahu, kalau diam saja bererti tidak mahu," tutur Dhani.

Sementara itu, Mulan menjelaskan punca dia jarang menyanyikan lagu ciptaan suaminya sendiri kerana ingin membuktikan bahawa dirinya tidak hanya bergantung pada suami.

"Sebenarnya kalau ditanya mahu atau tidak nyanyikan lagu Mas Dhani, mahu.

"Tapi saya juga harus boleh menyanyikan lagu karya orang. Bukti agar tidak bergantung sama Mas Dhani," jelas Mulan.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Detik.com