Pasangan pelakon Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia bakal menimang cahaya mata yang ketiga.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Fizz menerusi Instagram peribadinya siang tadi.

"Amin... hadiah ulangtahun perkahwinan yang keempat.. hehehehe.. masin mulut @sheilarazlan hehehe," tulisnya.

Menerusi entri terbabit, Fizz memuat naik alat ujian kehamilan membuktikan isterinya kini berbadan dua.

Sementara itu, diruang komen IG pasangan itu dihujani doa dan ucapan sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Fizz dan Almy telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Afrina Arianna dan Aurora.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @fizzfairuzofficial