Tiadanya penyingkiran pada konsert semi final Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) minggu lalu menyedarkan Devotees untuk bangkit kembali mengejar bintang lain menuju final.

Kata Devotees, mereka bersyukur apabila diberikan peluang kedua untuk beraksi lagi di pentas GGV2 namun harus menggunakan peluang itu sebaik mungkin.

"Kami sebenarnya sudah reda kerana persaingan terlalu kuat dan kami sudah melakukan yang terbaik. Kalau terkeluar itu bukan rezeki.

"Namun, apabila diberikan peluang kedua kami sangat bersyukur dan berterima kasih.

"Banyak aspek perlu ditambah baik terutama daripada segi kreativtii dan vokal. Ini level jangan buat silap!

"Kami mengharapkan peluang ini menjadi motivasi untuk memberikan persembahan lebih baik selepas ini," kata Devotees.

Devotees pernah berada di kedudukan terbawah pada minggu pertama GGGV2 dan sekali lagi pada minggu lalu.

Mendendangkan lagu Tekad bersama Hazami, Devotees gagal menambat hati juri untuk mengekalkan mereka di kedudukan terbaik.

GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu keenam GGV2 bakal membawa tema Gegar Gema Impian dan 8 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.

Teks oleh: Amri Hassan