Penyanyi Aweera telah membuat laporan polis berhubung sebuah akaun palsu Facebook yang menggunakan wajahnya untuk menghina agama Islam.

Menerusi entri terbaharu, Aweera berpesan agar pengguna media sosial berhati-hati dengan akaun palsu berkenaan sekali gus menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak berkuasa.

"Baru lepas buat report polis berkaitan fake account yang mengunakan gambar saya.

"Dalam fake account itu, dia telah menghina agama Islam dengan menggunakan gambar saya.

"Apa-apa pun saya serahkan pada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya," tulisnya.

Terdahulu, Aweera memuat naik bukti bergambar akaun palsu berkenaan yang menggunakan nama Para Pencari dan wajahnya.

ALLAHUAKBAR..ada lg ka org dok buat FAKE Acc!!!..beware guys!!..ini FAKE ..!!aku xpernah nk main2 kan nama ALLAH..semoga org yg buat fake acc ni dpt hidayah ALLAH

A post shared by aweera_official (@aweera_official) on


Akaun terbabit meninggalkan komen di sebuah akaun rasmi parti politik tempatan dengan potongan ayat yang menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.

Tindakan Aweera membuat laporan polis itu disokong peminatnya yang menyifatkan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu melampau dan melanggar batas agama.

Alhamdulillah..baru lepas buat report polis ..berkaitan fake account yg mengunakan gambar saya dan di dalam fake acc itu dia telah menghina agama islam dgn mengunakan gambar sy..apa2 pun sy serah pada pihak polis utk mengambil tindakan sewajarnya..ALLAHUAKBAR..

A post shared by aweera_official (@aweera_official) on



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aweera_official