Pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti, mengumumkan nama anak sulung mereka iaitu Dariya Inara.

Menerusi entri di Instagram (IG), Jep telah berkongsi buat pertama kali gambar anaknya yang kini berusia tujuh hari.

"Subanallah, Dariya Inara @sariyanti #AnakAbah," tulisnya ringkas.

SUBHANALLAH.. DARIYA INARA ??❤️ @sariyanti #AnakAbah

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on


Menerusi ruangan komen, pengikut IG memuji kecomelan anak Jep dan Sari Yanti serta mereka berharap agar anak mereka dapat membesar dengan sihat.

Pengumuman nama anak Jep itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya menyifatkan nama Dariya Inara itu unik.

"@afiq_0001: Ada iras muka ibu dia,comel sangat baby."

"mamatAku: Alhamdulillah, masya ALLAH, comel sangat macam ibunya @sariyanti. Semoga membesar dengan sihat..Sedap nama anak."

"@sakurakiroro: Tahniah @jepsepahtu dan @sariyanti. Dariya Inara copy muka abah. Comel sangat. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah pada keluarga.. Aminnn."


Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu.