Penyanyi Bunga Citra Lestari meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang mengadakan konsert buat pertama kalinya di Malaysia selepas 10 tahun.

Menurut Bunga Citra Lestari, dia telah lama menginginkan mengadakan konsert di kampung halaman suaminya.

"Alhamdulillah impian saya untuk mengadakan konsert di Malaysia akhirnya tercapai dan itu merupakan satu penghargaan dalam kerjaya seni saya.

"Tentunya saya sangat gembira dan puas apabila diberi peluang untuk mengadakan konsert di negara ini.

"Saya juga bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi pentas bersama dua lagi penyanyi hebat iaitu Anuar Zain dan Yuka Kharisma dalam sebuah konsert.

"Diharapkan selepas ini saya masih diberikan peluang mengadakan konsert dalam skala yang lebih besar di Malaysia," katanya kepada Astro Gempak.

Bunga Citra Lestari berkata demikian selepas selesai konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi