Pelakon Hairul Azreen mengambil keputusan untuk merahsiakan tentang kesakitan yang dialaminya selama dua minggu kerana enggan menyusahkan pihak produksi.

Patah tulang jari tangan kanannya ketika menjalani penggambaran filem Paskal, Hairul membuka rahsia tersebut menerusi sebuah entri terbaru di laman sosial Instagram miliknya, @hairulazreen.

Tulang saya patah !!! 9/3/2018 ramai yang tak tahu, saya shooting filem Paskal dgn keadaan injured, production & director @adrianteh19 suruh saya rest tp saya cakap #TheBestNeverRest ??sampai la 27march saya rasa tangan ni makin teruk & saya ambil keputusan utk operation , hari ini operation esok saya ckp saya dah boleh belakon balik , doctor & production geleng kepala,? (esok juga saya start shooting) so saya mmg tak rest ,team @tldm_rasmi semua ckp saya Piaw, Selama ni saya tak post cerita saya patah, sebab takut shooting ini di tangguhkan & tak nak susahkan orang ramai now dah balik KL so baki tinggal shooting di Morocco / Turkey je ,so banyak action stunt dah habis, Apa yg saya sampaikan , ini adalah kenangan sy shooting @paskal_themovie dan first time patah tulang seumur hidup sy, Lepas habis filem ni saya nak REST bawa family holiday #TheBestNeedSomeRest lepas sesuatu usaha dikecapi?

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on


Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Hairul segera sembuh.

Filem lakonan Hairul menampilkan perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selain Hairul, Paskal yang sedang menjalani penggambaran ini turut dibintangi oleh Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Hairul