Drama bersiri 3 Gadis Manis (3GM) musim kedua memaparkan pelbagai kisah yang dekat dengan diri penonton.

Mengangkat tema persahabatan dalam penceritaan, 3GM kali ini menampilkan pelakon cantik seperti Hannah Delisha yang memegang watak sebagai Jo, pendatang baru, Dee Alhadi sebagai Mar dan Yaya Zahir sebagai Nina.

Dikenali sebagai salah seorang pengacara rancangan hiburan HLive, Yaya juga menceburkan diri dalam dunia lakonan.

Memegang watak sebagai Nina, Yaya menjayakan karakter seorang gadis 27 tahun yang yakin dengan diri sendiri dan sedang menuju kemuncak kerjayanya dalam bidang PR.

Setelah tujuh tahun menyendiri, Nina kini bersedia untuk melangkah ke dunia mencari jodoh di Kuala Lumpur.

Dengan dorongan teman-teman serumahnya, Jo dan Mar, Nina memuat turun aplikasi mencari jodoh ‘Cinter’ yang dicipta oleh jirannya, Noah dan Sufian.

Saksikan cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Nina dalam usahanya mencari cinta sejati!

Menggunakan produk NIVEA Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion, Nina dapat meningkatkan lagi rasa keyakinan diri dalam usahanya mencari cinta sejati.

Diarahkan oleh Junad M.Nor dan dibantu oleh Nadirah Zakariya, 3 Gadis Manis musim kedua yang diharumkan oleh NIVEA akan bersiaran sebanyak tujuh episod menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 April ini.

Jangan lupa saksikan 3 Gadis Manis musim 2, awesome like cherry blossom!

Teks oleh: Kamaruddin Razal