Keadaan kesihatan teraju utama drama bersiri Mr Grey, Fendy Bakry yang dikatakan mengalami sakit misteri mula menunjukkan perubahan positif selepas hampir sebulan menerima rawatan.

Bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studios, perkembangan positif Fendy menggembirakan mereka yang sentiasa berdoa supaya jejaka itu kembali sihat.

"Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik dan perkembangan itu memberi petanda positif untuk melihat Fendy segera pulih. Kami juga sentiasa berharap dia akan kembali sihat dan dapat bekerja seperti biasa.

"Semua ini berkat doa mereka yang tidak pernah jemu memberikan kata semangat untuk melihatnya sembuh seperti sedia kala. Fendy sangat berterima kasih kepada peminat yang setia mendoakan kesihatannya," kata Fadzil Zahari selaku pemilik Prokuya Studios.

Salam semua... hangpa sihat ka?? Alhamdulillah abang okay ☺️ kita jumpa lagi malam ni #DramaMrGrey

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on


Menerusi kemas kini laman sosial Instagram milik Fendy, pelakon itu juga turut memaklumkan dirinya dalam keadaan baik.

BACA: Jatuh Sakit, Peminat Doakan Mr Grey Segera Sembuh

Drama bersiri Mr Grey lakonan Fendy bersama Eyra Hazali kini sedang hangat bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Sumber: BH Online
Susunan: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fendy