Penyampai radio, Linda Onn telah mengadakan sebuah majlis Cukur Jambul untuk anak sulungnya, Ungku Zara.

Menerusi entri di Instagram (IG), Linda telah berkongsi beberapa foto menarik sepanjang majlis itu berlangsung.

"Sekitar majlis cukur jambul Zara. Zara behave waktu cukur jambul. Mungkin dia suka dengar marhaban.

"Memang waktu dalam perut, dia selalu dengar ayat suci. Moga berterusan ya sayangku," tulisnya.

Sekitar majlis cukur jambul Zara. Zara behave waktu cukur jambul. Mungkin dia suka dengar marhaban. Memang waktu dalam perut, dia selalu dengar ayat suci. Moga berterusan ya sayangku. ??

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan anak perempuannya itu dan mereka mendoakan agar Zara membesar menjadi anak yang solehah.

"@rohani_mdsen: Aloooo, gerammm tengok mulut lopong u zara semoga membesar dengan sihat."

"@Ramlee02: Alahai kenapa comel sangat awak ni Ungku Zara. Baik je bila majlis itu dijalankan."

@Widre: Alahaiii, comelnya Zara. Geram je tengok macam nak picit-picit pipi awak itu."


Majlis yang berlangsung pada Sabtu lalu itu turut dihadiri oleh ahli keluarga, teman rapat dan rakan-rakan selebriti.

Ungku Zara telah dilahirkan 24 Februari lalu.

Linda Onn dan Ungku Azhar berkahwin pada 27 Disember 2013.

Teks Oleh: Rozaimi

Foto: Instagram