Ramai yang boleh pandu kereta, hebat di jalanraya tetapi bab penjagaan kereta langsung tak tahu. Serba serbi diserah kepada mekanik. Kerosakan kecil jika dibiar berlarutan, akan menyebabkan kerosakan menjadi besar dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki.

Penjagaan kereta bukan sekadar basuh luar dan dalam serta hantar servis berkala saja, tetapi pemilik kereta perlulah tau bunyi amaran awal yang dikeluarkan kenderaan anda. Jangan sampai lampu indicator kereta tak bernyala pun masih tak perasan ya.

#1 Brek

via GIPHY


Antara komponen penting. Anda perlu pastikan brek kenderaan dalam keadaan terbaik. Sentiasa awasi tanda-tanda ini; bila brek perlu ditekan lebih dalam atau sehingga jejak ke lantai kereta, dan terdapat bunyi besi bergesel. Ini antara tanda jelas brek anda perlu diganti.

#2 Bateri

Jika anda menggunakan sel basah, pastikan anda periksa dan isi air bateri. Jika menggunakan bateri kering, anda perlu tahu bila kali terakhir anda menukar bateri. Jika 2 hingga 3 tahun lepas, tandanya sudah tiba masanya bateri anda ditukar. Antara tanda awal bateri perlu diganti ialah bila enjin susah nak dihidupkan atau anda perlu jump-start dengan kerap.

#3 Lantai basah

via GIPHY


Jangan abaikan jika ada air sehingga meninggalkan lopak di bawah kenderaan anda. Air ini mungkin disebabkan penyaman udara atau tangki minyak hitam bermasalah.

#4 Bunga tayar haus tak sekata

Setiap enam bulan sekali rotate tayar, periksa bunga tayar dan tukar tayar jika bunga telah haus. Jika bunga tayar hanya haus sebelah dan tak sekata, mungkin petanda spring suspensi kenderaan bermasalah.

#5 Mentol

via GIPHY


Jika hanya sebelah mentol terbakar, berkemungkinan besar pemasangan komponen longgar. Jika kedua-dua mentol terbakar, berkemungkinan besar fius kenderaan atau pendawaian bermasalah. Jika lampu depan malap, mungkin alternator bermasalah.

Selebihnya pastikan anda servis kereta mengikut tarikh yang telah dinyatakan oleh mekanik. Jangan culas! Sebagai pemilik kenderaan, anda kenalah tau beberapa perkara ini:

1) Jenis minyak hitam yang digunakan. Adakah kereta anda menggunakan minyak hitam bukan sintetik (perlu ditukar setiap 5,000km), minyak hitam sintetik (7,500km sehingga 15,000km) atau minyak hitam jenis mineral (ditukar setiap 5,000km).

via GIPHY


2) Timing Belt pula perlu diservis bergantung kepada jenis kereta. Ada yang selepas 60,000km, ada yang 90,000km dan ada yang 160,000km.

3) Ketahui juga jenis-jenis filter yang setiap satunya memainkan peranan berbeza dan perlu ditukar pada masa berbeza.

a) Air Filter: Bergantung kepada jenis penapis yang digunakan. Ada penapis yang tak perlu ditukar, cukup sekadar dicuci.
b) Oil Filter: Tukar setiap kali tukar minyak enjin.
c) Fuel Filter: Tukar setiap 40,000km.
d) Auto Filter: Ditukar pada kali kedua menukar minyak auto tetapi untuk selamat tukar sahaja auto filter setiap kali menukar minyak auto iaitu kira-kira setiap 30,000km atau 6 bulan.

via GIPHY


Jika semuanya telah terjaga rapi, jangan pula abaikan penjagaan enjin kenderaan. Salah satu cara menjaganya ialah dengan menggunakan minyak enjin terbaik seperti Petron Blaze Racing. Minyak enjin ini mengurangkan tekanan enjin dan dapat memastikan suhu enjin pada tahap optimum dalam keadaan cuaca Malaysia yang tidak menentu. Enjin yang kurang tekanan akan memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan!

via GIPHY


Minyak enjin Petron Blaze Racing diformulasi dengan Sistem Penstabilan Tekanan Suhu/Thermal Stress Stabilising System (TS3) yang menggunakan teknologi khas mengoptimakan kestabilan minyak pada suhu melampau dan tekanan enjin, menjadikannya tidak terlalu panas untuk perjalanan jauh.



TS3 melindungi permukaan enjin, membersihkan permukaan besi daripada kekotoran dan mengurangkan perubahan cecair pelincir untuk perubahan suhu. Minyak enjin Petron Blaze Racing menepati keperluan pelbagai jenis kenderaan! Minyak enjin Petron Blaze Racing boleh didapati di stesen Petron atau Pusat Servis/Bengkel Petron terpilih dan terbaik digandingkan bersama dengan minyak Petron.

Susunan: Kamaruddin Razal
Foto: Pixabay, Giphy