Pelakon Zul Huzaimy telah dikurniakan seorang anak lelaki pada pagi Sabtu lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh Zul menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

"Alhamdulillah atas kurniaan rezeki ini, @awalhaziq1 @indah_armani korang dah ada adik baru.

"Korang jangan buli-buli baby boy ye, terima kasih sayangku @miszerna 9 bulan tanpa jemu, melahirkannya kehebatan seorang ibu.

"Pasti Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan," tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsikan isterinya, Nur Ernawati Mohamad selamat melahirkan bayi itu pada pukul 11.20 pagi di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Berat bayi ketika lahir ialah 3.48 kilogram.

Namun sehingga kini, Zul belum berkongsi nama anaknya kepada umum.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi