Penyanyi Ifa Raziah, kesal apabila ada pihak mempertikaikan tindakkanya memuat naik video di laman Instagram (IG) memaparkan dirinya tampil seksi dengan gaun ketat singkat dan tanpa lengan.

Menurut Ifa pada Harian Metro, dia sengaja dimuat naik video itu kerana ingin membuktikan dirinya sudah kurus dan bukan menggunakan teknik suntingan.

"Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya.

"Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?

"Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar.

"Kalau yang menonton video 'live' saya pada waktu berkenaan, pasti tahu," katanya.

Meski dikecam, Ifa berterima kasih kepada pihak yang menularkan video terbabit kerana dalam sehari produknya yang membantu menurunkan berat badan habis terjual sebanyak 1,000 kotak.

Sumber: Harian Metro