Pelakon popular, Diana Danielle kini kembali dengan single terbaru berjudul Infiniti yang membawa konsep ketuhanan.

Jelasnya, lagu tersebut dinyanyikan duet bersama Reza Hamizan.

"Sebenarnya, lirik yang ditulis lebih pada ketuhanan tapi apabila dinyanyikan ia lebih pada balada, soul dan jazz. Boleh dikatakan lagu ini mengenai cinta," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya, dia tidak merancang untuk menyanyi lagu konsep sedemikian sebaliknya mencuba sebaik mungkin peluang yang datang.

"Lagu itu sedap, apabila saya dengar dia ada soul dan saya menyukainya," katanya.

Ujarnya, meskipun single itu dijangka akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti tetapi ia kini boleh didengar menerusi Spotify.

"Saya harap peminat boleh terima saya sebagai penyanyi. Dari aspek bisnes hiburan, saya seronok buat bermacam perkara seperti mengacara, berlakon dan menyanyi.

"Saya tidak mahu limit diri sendiri sebab masih muda dan banyak tenaga lagi," katanya.

Akuinya, single ini adalah 'slow song' pertamnya selepas pernah muncul dengan lagu Tentang Kita dan Terbaik Untukmu.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak