Pelakon Mas Khan atau nama sebenarnya, Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan tak kisah apabila dirinya sering diberikan watak pembantu dalam sesebuah drama atau telefilem.

Sudah melibatkan diri lebih empat tahun dalam bidang seni, Mas dikenali dengan watak antagonis dan pernah membintangi karya popular seperti drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot serta filem Abang Long Fadil 2.

"Saya tak kisah diberikan watak pembantu kerana saya cuma menjalankan tugas yang diberikan. Asalkan karakter yang saya jayakan bagus, saya akan melunaskan tanggungjawab saya dengan sehabis baik.

"Saya percaya dengan ketentuan rezeki. Alhamdulillah, tahun ini bermula dengan baik dan saya sudah diberi peluang untuk membawa watak hero. Insya-Allah, saya berharap semuanya berjalan lancar," kata Mas.

Dalam pada itu, Mas juga kini sudah mula melibatkan diri sebagai produser menerbitkan drama bersiri dan program berbentuk majalah.

"Saya membuka syarikat produksi sendiri dan mula berjinak sebagai produser. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya mendapat tawaran menerbitkan program untuk siaran Hypp TV.

"Saya banyak belajar dari Datuk Yusof Haslam dan Datuk A. Aida mengenai selok belok yang diperlukan untuk melibatkan diri sebagai penerbit. Saya mahu jadi berjaya seperti mereka," katanya ketika ditemui di acara sambutan ulang tahun ke-60 jenama kasut terkemuka Hush Puppies di One Utama baru-baru ini.

Dalam acara yang bertemakan 'Hush Puppies 60th Anniversary Thru The Decades' ini, Mas dipilih untuk menggayakan koleksi edisi terhad kasut Bernard 70s Slip On.

Selain Mas, selebriti lain yang turut memeriahkan acara ialah Nazim Othman, Arja Lee, Peter Davis dan ramai lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Mas & Hush Puppies

Our host looking so handsome wearing The Decades Collection. Each host represents a different decade from 1958 to 2000. What’s you decade? #HushPuppiesmsia #HushPuppiesmsia60 #HPDecades #HPArtFest18

A post shared by Hush Puppies Shoes Malaysia (@hushpuppiesmsia) on

Celebrating 60 years, Hush Puppies releases #HPDecades collection. 6 pairs of Limited Edition and I’m representing 1970’s collection. Grab yours now! Available at selected @hushpuppiesmsia outlets. Antara yg hadir semalam. @nazimothman @arjalee @andreamir @lucaslau @peterdavis @txdnxv #hpartfest18 #hushpuppiesmsia60 #hushpuppiesmsia

A post shared by Mas Khan (@maskhan_) on