Setiap orang wanita tentunya ingin kelihatan cantik dan pastinya sukar untuk dipisahkan dengan alat solek kerana itu merupakan senjata utama yang digunakan bagi menampakkan diri mereka lebih menawan.

Ada diantara mereka sanggup untuk berbelanja lebih bagi mendapatkan alat solek selain daripada memilih baju yang ingin dipakai pada hari-hari tertentu.

Namun apa sebenarnya itu definisi cantik pada wanita pada zaman kini? Ini kerana setiap orang pastinya mempunyai kekurangan dan kelebihan pada diri masing-masing.

Sesetengah orang beranggapan bahawa definisi cantik ini adalah mempunyai wajah yang bersih dan bentuk badan yang menarik.

Definisi cantik ini sebenarnya bukan diukur daripada kesempurnaan fizikal sesorang itu namun ia bergantung pada kekuatan fizikal dan rasa percaya pada diri sendiri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Berikut merupakan cara menaikkan keyakinan diri:

1.Kenali terlebih dahulu siapa dirimu yang sebenarnya.

2.Cantik untuk diri sendiri, jangan cantik untuk orang lain.

3.Tampil cantik dapat meningkatkan rasa percaya pada diri.

4.Percaya pada diri sendiri dan yakin ketika berhadapan orang ramai.


Menerusi satu 'social experiment' yang dilakukan terhadap enam orang wanita diluar sana ternyata mereka sukar untuk terangkan maksud cantik yang ada pada diri masing-masing.

Selepas satu 'makeover' yang dilakukan kepada enam orang ini ternyata perubahan yang terjadi pada wajah mereka mendapat pujian dan ini secara tidak langsung menaikkan keyakinan diri mereka.

Untuk mengetahui apakah kesudahan yang terjadi kepada enam orang wanita ini selepas 'makeover' jangan lupa untuk menyaksikan video 'social experiment' yang dilakukan kepada mereka.


Video 'social experiment' dilakukan oleh pihak produk Dior untuk mengembalikan keyakinan orang ramai setelah perubahan yang dilakukan pada wajah mereka.

Dior kini tampil dengan himpunan gincu menawan iaitu 'Dior Addict Lacquer Plump' yang paling sesuai untuk anda yang sukakan kelainan kerana ia memberikan satu sentuhan berbeza kepada gaya anda keseluruhannya.