Stesen radio GEGAR membawakan tiga artis popular, Siti Nordiana, Ara Johari dan Haqiem Rusli ke Kuantan, Pahang esok bersempena Jelajah GEGAR Pagi.

Menampilkan dua penyampai GEGAR Pagi, Anna dan Shah, mereka bakal menghangatkan serta menghiburkan peminat di WIDAD University College, Kuantan, Pahang esok (Jumaat, 27 April) dari jam 3 hingga 6 petang.

“Penjelajahan kami di Kota Bharu tempoh hari amat mengujakan dengan kehadiran peminat-peminat GEGAR dari pelbagai lapisan masyarakat.

"Kali ini, kami pasti warga Pahang juga akan turut terhibur dengan Jelajah GEGAR Pagi yang menampilkan penyampai radio GEGAR Anna dan Shah yang telah menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk orang ramai.

"Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktivit-aktiviti menarik, selain memenangi barangan eksklusif GEGAR.

"Istimewanya, peminat berpeluang untuk bertemu dan berhibur dengan selebriti kegemaran ramai seperti Ara Johari, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana yang akan mewarnai hujung minggu peminat-peminat GEGAR dengan pelbagai persembahan energetik," kata Raja Nadia Salwana Raja Hisham selaku Pengurus Kandungan GEGAR.

Untuk matlumat lanjut mengenai stesen radio GEGAR Permata Pantai Timur, sila layari www.gegar.my atau kunjungi laman media sosial Gegar di Facebook, Instagram dan Twitter.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Nana, Haqiem dan Ara