Filem: Avengers: Infinity War
Genre: Sains Fiksyen, Aksi, Fantasi
Pengarah: Anthony Russo, Joe Russo
Pelakon: Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch, Tom Holland, Chadwick Boseman, Zoe Saldana
Bintang: 4.5/5

Rata-rata di media sosial sedang hangat memperkatakan spoiler filem pecah panggung Avengers: Infinity War.

Tolak ketepi spoiler, seperkara yang anda harus tahu, Avengers: Infinity War menjadi titik pertemuan semua filem Marvel Cinematic Universe (MCU) yang mula dihasilkan sedekad lalu.

Tidak melampau jika kami katakan, ini naskhah terbaik yang pernah dihasilkan Marvel. Penuh teliti dan menyeluruh!

Kami kongsikan reviu tanpa spoiler filem Avengers: Infinity War yang sempat ditonton sempena tayangan perdana media baru-baru ini.

Perkembangan watak

Infinity War menggabungkan sedozen atau mungkin lebih semua adiwira Marvel sejak mula-mula filem Iron Man diterbitkan lebih 10 tahun lalu.

Bayangkan semua karakter itu 'disumbat' dalam satu jalan cerita berdurasi tiga jam?

Iron Man, Doctor Strange, Spiderman, Thor, Black Panther, Black Widow, Captain America dan banyak lagi. Semuanya ada dalam filem ini!

Rasanya bagi yang pernah membaca komik The Infinity Gauntlet pasti akan mudah relate dengan bahagian pertama filem ini.



Skrip

Sebut sahaja reunion, pasti semua akan meragui suntingan, jalan cerita dan skrip.

Jangan bimbang, selain semua karakter diberikan peluang untuk menyerlah, skrip filem ini juga sangat menghiburkan.

Pastinya setiap babak tidak mahu dilepaskan walau sesaat.

Thanos

Masih bercerita tentang karakter. Ya, Thanos menjadi pemain antagonis paling kuat setakat ini sepanjang era filem Marvel yang pernah diterbitkan.

Mengapa kami berkata begitu?

Cuba bayangkan betapa kuatnya Thanos yang mampu menakluk mana sahaja planet yang dimahukan. Walau tanpa Infinity Stone.



Andai kata Thanos memiliki semua Infinity Stone, agaknya apa akan jadi?

Pendek kata, Avengers: Infinity War sebenarnya filem milik Thanos.

Infinity Stone

Selain kemunculan semua karakter superhero yang telah anda tonton selama 10 tahun, keterujaan anda bakal diuji dengan usaha Thanos mendapatkan Infinity Stone dan adiwira yang bertarung nyawa melindungi keenam-enamnya.

Berikut kami kongsikan dari mana asalnya setiap butir Infinity Stone dan apakah kekuatan satu persatu:



Efek

Mungkin ada beberapa bahagian suntingan kesan visual khas dan kesan penjanaan imej berkomputer (CGI) filem ini kurang kemas namun ia tidak menghalang penonton merasai impak setiap galur cerita.

Barangkali akan ada segelintir penonton yang menyifatkan CGI filem Avengers: Age of Ultron lebih hebat berbanding filem ini.

Apapun, ia masih boleh dibanggakan!



Penilaian dan rating individual pastinya berbeza antara satu sama lain namun kami sudah teruja menantikan sambungan bahagian kedua Avengers: Infinity War yang dijadualkan tayangan tahun depan.

Oh! Pesanan buat penonton yang masih belum menyaksikan filem ini, tunggu sehingga habis title credit kerana itulah kunci untuk bahagian kedua filem ini.



Teks oleh: Amri Hassan