Pelakon Fathia Latiff menegaskan tindakan mengerjakan solat dalam kereta sewaktu sedang dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen PrimaValet di Hotel Majestic petang semalam sebagai urusannya dengan Allah.

Kata Fathia, dia tidak sedar yang kelakuannya sedang beribadah itu sedang dirakamkan oleh rakannya iaitu seorang penggaya rambut Ridzokumura.

“Saya mengerjakan solat kerana Allah, bukan untuk manusia. Itu sahaja. Itu urusan saya dengan Tuhan dan saya tidak tahu aksi saya dirakam,” kata Fathia kepada Astro Gempak.

Pelakon itu diserbu media sejurus tamat majlis pertunjukan fesyen Primavalet di Hotel Majestic, Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun, Fathia tergesa-gesa meninggalkan lokasi tersebut untuk pulang bersama penggaya rambut itu.

Siri Insta Stories penggaya rambut itu turut menyaksikan Fathia mengenakan solekan sebelum sepotong video sedang mendirikan solat dalam keadaan duduk dirakamkan.

Tindakan Fathia mengerjakan solat dalam kereta menjadi persoalan ramai memandangkan keadaan negara yang tidak dalam keadaan darurat dan berkemungkinan lokasi yang dituju mempunyai surau.

Sementara itu, sejurus meninggalkan lokasi pertunjukan fesyen, penggaya rambut lelaki itu segera memuat naik rakaman video Fathia mengerjakan solat dalam kereta di entri terbaharu Instagramnya.

Kemas kini terbabit mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Alhamdulillah bagus sangat @fatiyalatiff ni ikhlas sya ckp dia tak tahu pun sya ambik video ni....waktu dh nk habis Jln jem cepat2 dia sembahyang....harap jgn kecam??????

A post shared by SALON 0358911402/ 0380217869 (@ridzokumura) on




Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @ridzokumura