Pelakon Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata sebentar tadi.

Berita kelahiran Sari Yanti telah diumumkan menerusi sebuah entri di Instagram (IG) Sinar.

"Alhamdulillah, tahniah Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata.

"Tak lupa juga Jep dan Sari Yanti nak berterima kasih kepada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan segala urusan kelahiran baby ini dipermudahkan.

"Tahniah Jep yang sudah bergelar bapa dan yang menariknya baby Jep ni berkongsi tarikh lahir yang sama dengan @rahimr2 Ayim.

"Kalau anda nak tahu baby ni boy atau girl, jangan lupa dengarkan #PagiDiSinar esok ok. #SinarKongsi," tulisnya.

Kepada peminat yang ingin mengetahui mengenai jantina anak mereka jangan lupa untuk mendengar Sinar esok pagi.

Kami di Astro Gempak mengucapkan tahniah kepada Jep Sepahtu dan Sari Yanti diatas kelahiran anak mereka.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu.

Alhamdulillah, tahniah @jepsepahtu dan @sariyanti yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata. Tak lupa juga @jepsepahtu dan @sariyanti nak berterima kasih kepada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan segala urusan kelahiran baby ini dipermudahkan. Tahniah Jep yang sudah bergelar bapa dan yang menariknya baby Jep ni berkongsi tarikh lahir yang sama dengan @rahimr2 Ayim. Kalau anda nak tahu baby ni boy atau girl, jangan lupa dengarkan #PagiDiSinar esok ok. #SinarKongsi ??

A post shared by SINAR (@sinar_my) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi