Penyampai radio popular, Halim Othman berkongsi cara menghilangkan rasa gemuruh dalam diri setiap individu menerusi kelas 'public speaking'.

Dia yang kini aktif sebagai perunding yang mengajar kelas 'public speaking' bersama YouGo Training sejak dua tahun lalu, mengakui kelebihan ilmu yang diajarnya bukan hanya untuk selebriti tapi sesiapa saja.

"Kepentingan 'public speaking' adalah untuk mewujudkan keyakinan. Menurut kajian, antara 10 perkara yang manusia takut, nombor satu adalah 'public speaking' iaitu bercakap depan khalayak ramai," katanya kepada Astro Gempak.

Halim percaya ramai yang cemburu dengan mereka yang berada di depan TV merujuk pada kebolehan dan keyakinan diri personaliti itu yang berdepan orang ramai sebagai diri sendiri.

"Peserta yang datang dalam kelas saya memberitahu ia adalah masa terbaik untuk mereka menimba pengalaman dan mencari diri sendiri seperti 'self-transformation'," katanya.

Ujarnya, perubahan diri seorang individu itu diibaratkan seperti ulat beluncas bertukar menjadi rama-rama.

"Dalam diri kita ada 'rama-rama' itu merujuk pada kebebasan, warna-warni dan sebagainya. Keyakinan juga bermaksud adalah menyukai diri sendiri, gembira terhadap sendiri tanpa memerlukan 'approval' orang lain," katanya.

Ujar, daya keyakinan diri ini boleh hilang seperti mana dilalui semua manusia.

"Apabila saya mengajar baru saya ingat balik memori lalu. Saya juga 'enjoy' dalam kelas ini sebab apabila saya tengok peserta sama seperti saya dulu yang pernah pergi uji bakat ditolak.

Katanya, apa yang diajar adalah satu proses untuk mengenal diri pada diri seseorang.

"Seperti pengacara majlis berasa gementar walaupun dah berpengalaman kerana 'nervous' itu adalah sebahagian daripada sifat semulajadi.

"Kita kenal kawal rasa gemuruh itu supaya tidak mengawal diri. Jika anda boleh melakukannya untuk satu perkara, ia juga boleh digunakan pada benda lain," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak