"Ini Cuma Luahan Saya, Bukan Untuk Mengungkit Tentang Apa Yang Berlaku Bersama Kristal" - Lan Solo

Hiburan

Penyanyi Lan Solo mengakui single terbaharu bertajuk Berpisah Tanpa Rela adalah luahan hatinya mengenai kontroversi yang terjadi bersama bekas kumpulan Kristal.

Lan atau atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, berkata, dia tidak mahu mengungkit mengenai apa yang terjadi sebaliknya hanyalah luahan melalui lagu.

"Alhamdulillah, ini adalah buah tangan terbaharu saya kepada peminat selepas bergerak secara solo.

"Berpisah Tanpa Rela ini sebenarnya menceritakan tentang lagu cinta kepada kekasih namun mempunyai elemen peribadi tentang diri saya.

"Ini merupakan luahan saya didalam lagu dan perkara ini bukan untuk mengungkit tentang apa yang berlaku antara saya bersama kumpulan Kristal.

"Lagu ini bukan bermaksud saya belum ‘move on’ tapi ia mungkin sekadar luahan diri saya pada peminat," katanya kepada Astro Gempak.

Lan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single solo pertamanya yang berjudul Berpisah Tanpa Rela, di Warner Music, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Tambah Lan, Berpisah Tanpa Rela ini dihasilkan selepas berakhir pertandingan Gegar Vaganza 4 (GV4) pada hujung tahun lalu.

Teks Oleh: Rozaimi 

Artikel Berkaitan