Penyanyi Amira Othman mengakui pertaruhannya untuk single keempat, Mimpi Indah kurang mendapat sambutan di hati peminat.

Menurut Amirah, dia akui perlu lebih masa untuk melakukan promosi memandangkan single itu baru tiga bulan dilancarkan.

"Saya akui Mimpi Indah kurang memdapat sambutan di hati peminat dan permintaan terhadap single itu juga bukan seperti yang dihajati.

"Namun bagi saya itu merupakan perkara biasa kerana lagu tersebut baharu sahaja dilancarkan sejak tiga bulan lalu.

"Saya mungkin perlu masa yang lebih untuk melakukan promosi kerana single sebelum ini juga mengambil masa selama lapan bulan untuk diketahui oleh orang ramai.

"Dalam masa yang sama saya juga sedang mencari peluang untuk menjadikan single itu sebagai lagu tema untuk drama," katanya kepada Astro Gempak.

Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pertunjukkan fesyen Starvilion di Royale Palace, di Royale Palace, Shah Alam, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi