Gara-gara penyanyi popular G-Dragon, selipar getah berwarna hijau menjadi kegilaan ramai orang.

Foto G-Dragon yang menyarungkan selipar tersebut ketika sedang menjalani latihan ketenteraan membuatkan peminat tertarik untuk memiliki selipar yang sama.

Foto tersebut membuatkan selipar itu popular dan peminat menyatakan keinginan untuk memiliki selipar getah terbabit.

Selipar itu sedang laris dijual dan turut dipasarkan atas talian (online) kerana mendapat permintaan peminat di luar negara Korea.

Sebelum ini, cara pemakaian G-Dragon sering menjadi ikutan peminat dan ramai melabelkan penyanyi ini sebagai ikon fesyen.

Sumber: Koreaboo
Susunan oleh: Kamaruddin Razal