Pelakon Datuk Afdlin Shauki memohon peminat mendoakan kesihatan ibunya, Fadzilah Jelani yang dimasukkan ke hospital semalam akibat terkena serangan jantung sekali lagi.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, @afdlinshaukiofficial sebentar tadi.

"Semalam keramat hidup saya, ibu yang sangat saya cintai terkena serangan jantung sekali lagi. Syukur dia berada di hospital serdang ketika itu, salah satu hospital kerajaan yang mempunyai department Kardioloji di Kuala Lumpur.

"Dada saya sesak mendengar berita itu. Saya berada didalam sebuah meeting untuk mencari peluang perniagaan. Tiba-tiba saya lihat muka-muka di sekeliling meja dan semuanya tidak penting lagi.

"Saya bergegas ke hospital dan ibu berada dalam keadaan separa sedar. Runtun jiwa ini melihat ibu saya ketika itu dan rasa lemah yang teramat sangat melanda diri ini. Serius semua dugaan yang sedang saya alami tiba-tiba tidak penting lagi.

"Yang penting hanyalah keadaan ibu saya. Masa ni saya juga melihat diri saya ditempat ibu saya, nampak beliau dalam kesakitan dan keletihan. Nampak beliau cuba mendapat nafas seterusnya. Beliau hanya boleh minum sedikit air.

"Saya merasa lemas kerana jika saya di keadaan begitu ketika ini, saya mungkin tak sekuat ibu saya. Syukur Alhamdulillah kerana mempermudahkan keadaan ibu saya dan kepada kawan kawan saya mintak tolong doakan kesihatan ibu, Fadzilah Jelani," tulisnya.

Semalam keramat hidup saya, ibu yg sangat saya cintai terkena serangan jantung sekali lagi. Syukur dia berada di hospital serdang ketika itu, salah satu hospital kerajaan yg mempunyai department kardioloji di kuala lumpur. Dada saya sesak mendengar berita itu. Saya berada di dalam sebuah meeting utk mencari peluang perniagaan. Tiba-tiba saya lihat muka-muka di sekeliling meja dan semuanya tidak penting lagi... saya bergegas ke hospital dan ibu berada dalam keadaan separa sedar. Runtun jiwa ini melihat ibu saya ketika itu dan rasa lemah yg teramat sangat melanda diri ini. Serius semua dugaan yg sedang saya alami tiba-tiba tidak penting lagi. Yg penting hanyalah keadaan ibu saya. Masa ni saya juga melihat diri saya di tempat ibu saya, nampak beliau dalam kesakitan dan keletihan. Nampak beliau cuba mendapat nafas seterusnya. Beliau hanya boleh minum sedikit air... saya merasa lemas kerana jika saya di keadaan begitu ketika ini, saya mungkin tak sekuat ibu saya. Pasal masih terikat sangat kuat dgn duniawi. Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana mempermudahkan keadaan ibu saya dan syukur masih membenarkan saya terus berjuang utk keluarga, masyarakat dan diri saya. Syukur...syukur...syukur yaAllah. Kepada kawan kawan saya mintak tolong doakan kesihatan ibu saya fadzilah binti jelani. Semuanya sementara....

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on


Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya ibunya kembali pulih selepas menerima rawatan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram