Pelakon popular Hollywood, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagi The Rock selamat menimang cahaya mata ketiga pada semalam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh The Rock menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut The Rock berkongsi gambar anak perempuannya yang diberi nama Tiana Gia Johnson.

Tidak hanya bersyukur dengan kurniaan yang diberikan, The Rock juga mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Lauren Hashian kerana selamat melahirkan anak mereka.

"Selama hidup aku selalu dibesarkan dan dikelilingi oleh wanita yang kuat serta penyayang.

"Setelah kelahiran Tiana, saya rasa sangat bersyukur dan kagum dengan kecekalan Lauren serta seluruh wanita diluarsana yang berjuang melahirkan anak.

"Kepada lelaki dampingilah isteri kamu kerana pengorbanan mereka melahirkan sangat sakit dan pastinya hidup seorang lelaki akan berubah setelah memiliki anak," tulisnya.

The Rock telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Simone Alexandra Johnson, Jasmine Johnson dan Tiana Gia Johnson.