Kalau dah minat! Sekali lagi kediaman milik penyanyi terkenal antarabangsa Taylor Swift di Beverly Hills dipecah masuk oleh peminat fanatiknya dalam tempoh sebulan.

Kejadian itu bagaimanapun berlaku ketika ketiadaan penyanyi itu.

Peminat lelaki yang dikenali sebagai Roger Alvarado tersebut telah diberkas pihak polis New York.

Hasil siasatan polis mendapati Roger telah memanjat tangga dan merosakkan tingkap rumah penyanyi itu dengan tangannya.

Bukan saja berjaya memecah masuk malah Roger sempat mandi dan tertidur di tilam Taylor.

Kediaman itu dipercayai telah dibeli oleh Taylor sejak beberapa bulan lalu.

Roger bukanlah individu pertama yang cuba menganggu privasi Taylor.

Pada 14 April lalu, lelaki dikenali sebagai Julius Sandrock ditahan pihak polis kerana mengintai penyanyi itu.
Dia juga membawa pisau, topeng, sarung tangan dan tali.

Dalam satu kejadian lain, seorang lagi peminat Taylor dikenali sebagai Bruce Rowley juga telah ditahan pihak polis.

Bruce ditangkap ketika merompak sebuah Bank di Connecticut. Dia kemudiannya melempar wang hasil rompakan tersebut ke dalam pagar rumah idolanya itu.

Sumber: The Sun, Independent
Susunan oleh: Amri Hassan
Foto: Carian Google