Merecik! Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah Audi TT RM285,000 Sempena Hari Jadi

Hiburan
Merecik! Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah Audi TT RM285,000 Sempena Hari Jadi
Pelawak dan penyanyi Achey menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Audi TT buat isterinya sempena ulangtahun kelahiran semalam.

Menurut semakan semasa, model kereta mewah itu dianggarkan bernilai RM285,000! Wow!

Perkongsian Achey di Instagramnya membuahkan rasa bangga dalam kalangan peminat yang selama ini melihat kesungguhan Achey mencari rezeki untuk keluarganya.

"Hard work paid off. Idola!" puji @fakriashaarii.

"Lu memang awesome husband and buddy bro," puji @mohdfazli1981.

"Peh! Audi tu... Untung isteri Achey," tambah @usailie.

"Wow Audi TT 2D. Rare ni," tulis @amat_ninefourzero.

Bertemakan pakaian sukan dan santai, majlis sambutan hari jadi itu diraikan meriah dengan kehadiran kenalan rapat antaranya Johan, Ozlynn, Fad dan Sharif Zero.

Sekadar info, Achey, 32, atau anam sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya, 28.

Jom tengok gambar-gambar menarik sepanjang sambutan hari jadi isteri Achey.
 


Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @acheykintangkintung

Artikel Berkaitan